Rabu, 21 Disember 2016

Time To Close and Open

Assalamualaikum..
ha, dengar tajuk macam nak tutup blog ni je kan. hahaha
memang kalau ikutkan hati nak tutup
tapi bila, dok temenung pagi buta ni, rasa sayang pulak
(baru perasan kebanyakan post aku waktu pagi buta, memang waktu yang boleh aku buka minda)

dah lama aku tak bukak blog ni, biasalah budak sekolah
sekarang dah habis bolehlah aku buka buku baru.

tahun 2013 dan 2014 merupakan kemuncak kepada sifat kebudakan-budakkan, selfish, bengong, dan perasan aku.
bab mengata diri sendiri memang kepakaran aku, siapa lagi manusia yang mengenali diri aku dengan lebih mendalam kalau bukan aku.

bila diingat kembali dan baca semula post yang dahulu, rasa macam tak betul, gedik, perasan dan jahatnya aku.
nak throwback dululah

pasal encik mimpi, sekarang dah minat lagu dia je, tapi rasa macam kureng sikit. aku tak tahu apa yang kurang menyebabkan aku tak berapa minat nak dengar lagu dia sekarang ni. dah aku ingin memeohon maaf atas keGEDIKan aku dahulu. aku harus mengaku, time aku baca pun aku rasa "gediknya aku, huhuhu"

pasal dia, aku dah buka lembaran baru. aku minta maaf dengan dia atas sebab aku membenci dia selama 2 tahun setengah tanpa sebab yang munasabah. sejujurnya, aku pun tak tahu penyebab yang membuatkan akurasa marah, dendam dengan dia. bila dah cuba berbaik, semuanya nampak mudah. Alhamdulilah, Allah permudahkan jalan untuk aku melupakan rasa benci dan melenyapkan rasa marah aku. bila aku jumpa dia tahun 2015, masa dia ambil result spm, aku rasa tenang. tak marah2 tak benci2 dan boleh tersenyum.
Image result for mikan sakura anime

kalau pasal senior yang aku gelarkan sebagai landak. I'm really, truly, sorry. tak sepatutnya aku kurang ajar dengan senior,
Image result for anime feel sorry
please forgive me. aku minta maaf secara random je dengan dia. tak tahulah dia dengar ke tak. takkan lah nak minta maaf tiba-tiba, dahlah tak pernah bercakap sebelum ni. dia kata aku gilakan tak pasal2. tapi yang paling penting memang kenangan yang memang boleh menghiburkan hatilah bila diingat kembali.

kalau dulu, semua benda aku nak elak. sebab aku fikir bila aku mengelak daripada masalah, aku takkan dapat masalah. tapi benda lain pulak jadinya, semakin aku elak, semakin berat rasanya.
akhirnya aku ambil keputusan untuk tempuhi semuanya. selesaikan semuanya sebelum telambat.

alhamdulillah tahun 2015, aku dapat rasa aman berada di sekolah, tenang je. masalah memang ada tapi kita coolkan diri, jangan mudah gelabah tak tentu pasal. buat satu satu dengan tenang. memang takut kalau jalan yang kita ambil salah dan semakin menyusahkan dan masalah rasa semakin bertambah, tapi letakkan kepercayaan kepada Ilahi, inshaAllah semuanya dipermudahkan. jangan kita terpesong dari-Nya.

tahun ni, aku dah beres selesaikan perjuangan. memang rasa macam tak puas sebab rasa tak cuba buat yang terbaik. tapi yang lepas biarlah lepas. kita tak boleh ubah masa lampau tapi boleh ubah masa depan bergantung kepada jalan yang kita ambil sekarang. sekarang ni senjata aku tawakal dan berdoa.

target aku memang straight A's tapi, usaha aku rasa tak berapa nak kuat. sekarang hanya tinggal berdoa, aku nak beri ibu bapa aku bangga dengan aku. sebab aku dah banyak menyusahkan mereka.

okay, kalau ikutkan tajuk aku nak cuba berubah. post aku sebelum ni daripada budak tembam yang tak berapa nak matang dan sekarang nak jadi budak chubby yang matang. hahaha
dah tak de mengumpat orang, ejek orang ke. aku nak cerita pasal aku je.
oleh itu, kalau aku dah terlajak daripada tajuk asal atau tujuannya, tolonglah tegur. apa yang betul pada mata kita, tak semestinya betul pada mata orang lain.

okay, dah nak pukul tiga pagi, rasanya dah cukup dah close and open ni.

p/s: mentang2lah Allah bagi cuti, memang best aku berjaga pagi buta ni lepas tu tidur sampai petang. adik2 yang baca ni jangan tiru perangai akak ni tau, nanti hilang ayu kitew. hihihi
Image result for anime plead

assalamualaikum

Tiada ulasan: