Sabtu, 21 Disember 2013

For U my BELOVED FRIEND

Assalamualaikum
entry kali ni macam luahan sikitlah, aku buat ni untuk kawan2 aku
walaupun aku tahu hanya seorang je yang akan baca
jadi tolong simpan jangan bagi yang lain tahu


aku agak tersentuhlah entry Q, aku pun kadang2 terfikir
adakah aku kawan sejati?
adakah aku kawan yang menyesatkan mereka?
adakah aku kawan yang jahat?
adakah aku kawan yang menolong mereka?
adakah aku kawan yang bersama2 mereka tika kesusahan?
adakah aku kawan yang mementingkan diri sendiri?
adakah aku kawan yang hanya menyusahkan mereka?
adakah aku kawan yang selalu menyakiti mereka?

 

dan yang paling penting
adakah aku mampu mempertahankan persahabatan ini?
ini yang selalu buat aku risau, aku dapat merasakan yang aku.....
aku tak tahu nak tulis apa yg aku rasa

Aku risau dengan keadaan T yang selalu sangat merajuk. aku tahulah aku ni lain dari orang lain tapi pernah ke T terfikir yang aku ni susah sangat masa dia merajuk. aku takut keadaan ini menghancurkan persahabatan kita. tambahan dia tu tak pernah rendahkan ego dia asyik aku je harus mengalah walaupun aku ni TAK DAK perasaan tapi aku ada sifat sabar yang terhad. ada masa aku boleh sabar tapi kalau aku yang selalu mengaku kalah dengan tembok yang T cipta sendiri aku mana boleh tahan, T selalu diam dengan aku tak tentu pasal.

aku tak nak benda ni berlanjutan jadi aku mengalahlah walaupun T buat tak heran, aku cakap pada diri aku sendiri
bagi T masa untuk redakan marah dia

adakah aku mempunyai sahabat sejati. aku sendiri tak tahu tetapi aku selalu beringat "kalau nak ada kawan sejati, jadikan diri kawan yang sejati dulu,"

aku mintak maaf sangat kalau kehadiran aku dalam hidup mereka menjadikan mereka lalai. Ye, aku mengaku, aku sendiri pun lalai jadi aku harap sangat mereka tidak terikut dengan perangai aku yang jenis tak betul banyak.  
nak kata sikit rasa macam tak jujur

Jahat? aku tak tahu pada pandangan orang tapi pada pandangan aku sendiri, Ye!! AKU MEMANG JAHAT!!

Aku sendiri tak tahu aku bantu mereka ke tidak waktu mereka kesusahan tapi ada satu yang sahabatku perlu tahu aku selalu ada untuk mereka, tapi hanya yang boleh aku buat ialah menjadi pendengarmu.

aku tak pasti sebab hari tu kawan aku bercerita pasal ibu bapa dia, dari cara dia cakap aku tahu dia sedih. Tapi aku hanya jadi pendengar aku tak cuba menggembirakan dia.
 walau satu perkataan

memang aku pentingkan diri sendiri. aku memaksa mereka untuk menemani aku tetapi bila mereka meminta aku menemani mereka, aku bagi alasan

Aku rasa aku selalu menyusahkan mereka. dan mereka sendiri mengaku yang aku ni suka menyusahkan orang lain, terutamanya T

dalam kata lain tak berdikari. manja

YA!! memang banyak kali aku menyakiti mereka dengan kata2. dahlah aku ni jenis tak jaga ayat. main bedal je. langsung tak fikir pasal perasaan orang.

Aku pun tak pasti sebab apa aku jadi macam ni. kalau dulu aku ni tak banyak cakap, pendiam, dll. tapi sekarang ni, rasa susah nak kawal percakapan aku. dulu aku ada buat perjanjian dalam diriku. mungkin ini akibat daripada perjanjian itu.