Ahad, 28 April 2013

The worst day

Assalamualaikum
Hari ni memang hari yang malang
untuk aku
 

 Satu, aku hampir terlewat ke sekolah
dan terpaksa letak beg dibawah
tak sempat masuk kelas

Dua, aku boleh terlupa untuk
ambil beg selepas
tamat perhimpunan pagi
jadi
kena turun kebawahlah
ambik beg
letih doo

tiga, sekali lagi aku terlupa
aku terlupa nak ambik
kotak pensel, buku ada
padahal, aku dah bukak
beg nak ambik tapi,
aku boleh terlupa

empat, masa nak turun tangga
barang dalam
kotak pensel aku jatuh
aku nak ambik tapi,
ada budak laki
yang turun, jadi
aku pergi beli makanan dulu
kacau betullah

lima, aku tak tahulah
aku cepat nak pergi mana
nak ambil ubat pensil tekan je
aku boleh tersepak tangga
nasib baik aku sempat duduk
sakit jugak tangan aku

sambil aku duduk atas tangga tu,
aku ada cakap macam ni pada
dua orang yang satu form dgn aku
"jangan suka(ketawa)"
aku sendiri yang ketawa
nasib baik, kurang orang
yang nampak

MALANG betullah

Jumaat, 26 April 2013

Senior landak 2

Assalamualaikum

aku nak sambunglah kisah landak ni.
tak habis-habis panggil dia landak

aku dah rasa bosan dengan seorang lelaki ni
jadi aku kata kat kawan aku nak tukar yang lain pulak
playgirl aku ni.. tapi syok sendiri je
tak main suka betul2

jadi aku ambiklah landak.
tapi aku tak suka betul2
untuk saja-saja, lagipun dia tak tahu

rambut dia tu dah lebih panjang daripada landak
jadi aku cakaplah slow2

"botak lagi baik lah"

hari selasa, aku nampak
orang lain yang rambutnya botak
 kata kat orang lain,
orang lain yang buat

hari Rabu, kat kelantan hujan
jadi latihan batal.
aku nak beli makanan dengan kawan N
lepas siap beli, kenalah redah hujan
aku tak redah sebab nampak landak
jadi aku pusing ikut jalan tak kena hujan

aku naik kelas, join kawan aku
aku tengah minum nata de coco
perisa strawberri

aku ni macam budak2 sikit
jadi aku minum dulu air dia

landak jalan tepi kelas dan 
dia nampak apa yang aku buat
malu jugak

Ahad, 21 April 2013

Senior Landak

Assalamualaikum
aku nak cerita sikitlah
pasal senior ni

senior ni jugaklah yang
ajar aku dan kawan2 aku.
sebelum tu

"minta maap senior sebab panggil senior landak,"

kalau nak tahu,
senior nilah yang tuduh kita orang
tiru jawapan senior L

kalau senior nak tahu, jawapan
senior L tu SALAH!!
(mungkin sebab dia gementar)

nasib baik kita orang tak tiru
kita pikir sendiri tau
dan jawapan kita betul!!

aku panggil dia landak sebab
rambut dia memang macam landak

lebih panjang daripada budak kelas 
aku dulu.

kalau ada gunting,
memang aku geram nak gunting rambut dia
dahlah pengawas sekolah
nasib baik kau pakai songkok
dapat tutup rambut tu.

korang nak tahu,
dengan kepakaran aku ni,
aku dapat tahu nama dia
x perlu mention nama dia

aku dapat tahu dari fb.
pandai jugak aku cari
puji diri sendiri

satu hari tu,
aku nampak senior Landak duduk lepak
 dengan geng dia, lebih kurang tiga orang

 
lebih kurang macam nilah tempat dia orang duduk

aku katelah senyap2
kawan aku saja yang boleh dengar

"weh, landak, terimo kasih tapi jawapan tu salah,"

kawan aku tegur aku
suruh 'kecek molek'
aku yang memang tak boleh jaga
pertuturan ni cubalah,

"Assalamualaikum, cikgu"

 lepas tu, dia pandang kita orang
padahal dia duduk membelakangi kita
pandang tu!!
aku pun sengih2 jelah
tak pandang dia

time budak asrama nak balik,
aku dan kawan N nampak dia dengan kawan dia
jauhlah jarak tu
kawan N panggil dia macam ni

"Muhammad _ _ _ _ _ yang tidak tahu bin ape, sila pandang sini,"
slow je tau

lebih kurang sesaat, dia pandang
terkejut aku dan N
dahlah betul2 kat kita orang.

aku buat macam tu,
nak try jugak
so, aku panggillah

"Muhammad _ _ _ _ _, sila pandang si........ni"
dia terus pandang
kalau kawan N, sesaat
tapi aku, habis ayat terus pandang

aku sengaja panjangkan 'si',
'ni' dia terus pandang

terkejut beruk aku
aku cakap slow je,
aku sorang yang boleh dengar

'TELINGA LASER' lah senior ni

Jumaat, 12 April 2013

Orang asli

Assalamualaikum
malam tadi, aku baru je pulang dari Perlis.
kakak aku temuduga nak jadi pensyarah,
di UniMAP.

Abah aku ada cerita pasal orang asli yang tangkap ikan
aku pun teringatlah kesah dulu.

waktu tu ibu aku nak berhenti nak beli barang,
aku duduk dalam kereta,
aku nampaklah ada orang asli ni.
:good:
waktu tu aku chewing gum,
jadi aku nak buat belon
aku pandanglah orang asli tu
dia pun pandang aku 
dan nampak aku buat belon

aku rasa ni yang dia pikir
"tak betul ke budak ni jelir lidah kat aku"

mana aku tahu yang dia nak pandang aku, 
time aku jelir lidah.

lepas tu, dia masuk dalam rumah,
merajuk kot.

"sorrylah, aku bukan nak jelir kat kau, aku nak buat belon"
 :sorry:
aku rasa dia tak merajuk,
sebab dia keluar semula.

Alhamdulilah, selamat aku!!

Oh, ya! abah aku ada cerita jugak pasal gajah
teringat pula kat kawan aku.
orang panggil dia gajah.

adoiya, bertambahlah dosa aku kutuk orang
aku tampar mulut ni kang,
baru tahu
:oww:

Rabu, 10 April 2013

Pada suatu petang...

assalamualaikum...

Pada suatu petang, aku dan kawan A dan kawan N aku buat kerja di sekolah.
Kami berhajat nak tanya senior pasal math.

Kawan N tanya senior M. pelik juga aku, macam mana dia tanya? 
Berani betullah budak ni
 Mula-mula dia nak tanya tapi senior M ni dah naik tangga.
Laju pulak tu. 
kawan N ni pun terikut sama dia 
 
 Kawan N pun ambil keputusan naik ke kelas senior M.

Sementara menunggu kawan N tanya senior M,
aku dan kawan aku A tunggu lah senior L/ senior AF
Aku nampak senior L, aku buatlah isyarat mata kepada kawan A
Dia pun tengoklah arah mata aku.
Senior L ada bawa genglah, susah sikit.

Senior L jalan depan kami.
Aku angkat kaki
cari tempat sembunyi
Kawan A jadi panic
Aku sengaja tinggal dia sebab nak beri ruang
tapi kawan A ni tak ambik peluang depan mata
padahal senior L dah ada depan mata dia
buat-buat susun kerusi.

Kawan N pun turun, senior L dah blah
kawan N dah dapat apa yang dia nak.
Kawan A tak puas hati

senior L memang faham yang kita nak tanya dia benda
dia asyik main-main sekitar kawasan kami.

Kawan N memberanikan diri memanggil senior L
senior L pun datang. aku dah tak boleh tahan
terus aku ketawa sambil tutup mulut.
muka snior L dah merah padam
kawan A kata dia boleh dengar degupan jantung senior L
jarak mereka hanya dipisahkan dengan sebuah kerusi.
aku dah duduk di kerusi lain sebab semakin aku dekat semakin aku nak ketawa
kawan N pun ajak aku tengok cara dia ajar math.
aku pun mulalah serius sikit, tahan ketawa.

senior L nampak kawan dia, dia pun panggil.
kawan dia pun datang. dia kata kat kawan dia yang dia berdebar jadi tak boleh nak fikir.
kawan dia pun ajar tapi sebelum tu dia marah senior L sebab tolong buat jawapan.
dia kata nanti kami tiru yang itu. tolonglah!!
buat apa aku tiru, aku ni lebih suka faham daripada meniru.
nanti tak boleh nak jawab exam.

dia pun padamlah apa yang dia tulistu.
dia pun ajar, aku ni terjenguk-jenguk nak tengok.
senior yang tak ku tahu nama suruh kembangkan
tulisan senior L kecik sangat.
aku ni pulak tak boleh nak jaga mulut dari mengomen.
lepas habis tu diorang pun blah.

aku dan kawan-kawan aku marahlah sebab kawan senior L ingat kita ni tak bijak
(nak kata bodoh, kejam sgt!)
aku ni dalam kategori bijaklah! dapat 'A' sokmo dlm math.(mood perasan)
cuma soalan tu aku buat salah sebab masa buat tu aku mengantuk. MENGANTUK faham!!
(Kalau kau baca aku punya blog, harap kau faham!)

kesian kawan A, dia kurang faham, aku pun tak faham tapi aku tengok betul2
akhirnya aku faham tapi aku tak pasti nak buat jawapan terus atau kena permudahkan