Khamis, 6 September 2018

UPU nak isi apa dan Result

Aku post benda ni sebab aku tak nak ada yang jadi macam aku. Serius aku menyesal gila dengan pilihan aku. Alhamdulillah dapat jgk course yang ok. Sbb aku pun tak tahu apa yang aku nak.

Pilihan pertama aku medic ukm. Memang yang aku sangat berharap dapat sebenarnya. Tapi rancangan Allah lebih baik.

Apa yang aku sesal gila pilihan kedua ketiga dan keempat. Dentist uitm, dentist ukm dan biokimia ukm.

Serius aku tak patut minta benda ni. Aku tak patut mintak dentist. Nilah sebabnya aku takut nak ikut minat. Minat aku tak panjang. Dia berubah ubah. Kejap itu kejap ini. Serius aku cakap, aku menyesal gila.

Kepada adik adik yang akan isi upu. Mintak hati hatilah. Kalau yang memang dah keras hati minat program tu, teruskan. Tapi kalau macam aku ni, tak tahu nak ambik apa. Mintak survey semua. Tanya diri sendiri, apa yang kau nak. Bolehkah kau teruskan program tu. Cari orang dalam program tu. Cara kerja cara belajar semua. Biar kena dengan diri.

Pilihan bawah aku semua aku ok. Tak menyesal aku pilih walau tak dapat. Tapi tiga pilihan tu tak seharusnya ada dalam upu aku.

Aku pun pelik macam mana aku tak isi uitm punya medic. First time aku nak isi upu, uitm medic tu memang dalam pilihan aku. Tapi sbb tak ada iv aku risau.

Tip bagi adik adik yang nak ambik medic uitm, pastikan uitm tu pilihan pertama dan jangan ubah sampai dapat result. Insha Allah dapat kalau kena dengan keputusan. Kawan aku muet band 3 pun dapat. Tapi result exam 4flat.

Tapi nak menyesal pun tak berguna. Jadi kalau dah dapat bersyukurlah. Kalau tak suka, boleh tukar atau buat permohonan lain. Ada je u yang buat second intake. Tapi masuk bulan 1/2. Kiranya, lepas satu sem macam tu. Kalau ada rezeki, insha Allah boleh dapat. Kalau tak dapat, percayalah Allah dah bagi yang terbaik untuk kita.

Kesimpulannya yang nak isi upu tu, cari maklumat betul betul, jangan tengok kawan, fikir apa yang kau nak buat masa depan nanti. Kau nak jadi orang yang macam mana, kerja macam mana yang kau nak. Insha Allah, kau boleh.